Saturday, April 2, 2011

Teori kecerdasan Triarchic Sternberg

Teori kecerdasan Triarchic Sternberg
Ahli psikologi dari Universiti Yale, Robert Sternberg, menganggap kecerdasan adalah sesuatu yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat. Dia mengkaji bagaimana maklumat mengalir ke dalam diri kita dan bagaimana maklumat ini berubah mengikut keperluan lingkungan kita. Analisis yang dilakukannya akhirnya muncul sebagai model kecerdasan bercabang tiga (triarchic). Cabang-cabang yang dinyatakannya adalah kecerdasan analitik (componential intelligence), kecerdasan pengalaman (experiential intelligence) dan kecerdasan praktikal (contextual intelligence).
Sternberg mengakui bahawa seseorang individu tidak semestinya mempunyai satu sahaja kecerdasan yang disebutkannya. Ada individu yang mempunyai integrasi ketiga-tiga cabang kecerdasan ini dengan menunjukkan tahap kecerdasan yang tinggi.

Kecerdasan Analitik (Componential Intelligence)
Kecerdasan seseorang individu dalam bidang akademik bolehlah dipanggil sebagai kecerdasan analitik. Kecerdasan menganalisis merupakan ciri utama kecerdasan ini. Ada diantara pelajar yang dikatakan mempunyai kecerdasan luar biasa sehinggakan dinaikkan beberapa gred dalam persekolahannya (sistem persekolahan Barat). Menurut Sternberg, aspek kemahiran memproses maklumat (componential) menyatakan bahawa proses kognitif bertanggungjawab terhadap tingkah laku kecerdasan4. Kecerdasan analitik digunakan untuk mengenali dan memecahkan masalah, merumuskan strategi, menyusun dan menyampaikan maklumat.

Perilaku kecerdasan analitik (Componential Intelligent Behavior). Sub teori ini menekankan pada struktur dan mekanisme yang mendasari perilaku cerdas. Di dalamnya terdapat tiga komponen pemprosesan data iaitu belajar melakukan sesuatu, merencanakan apa yang akan dilakukan, dan bagaimana melakukan hal tersebut. Orang yang tergolong dalam bentuk ini umumnya akan meraih nilai yang tinggi dalam ujian kecerdasan, tapi kurang kreatif dan kurang dapat berfikir kritis.
Kecerdasan analitik melibatkan tindakan menganalisis, membanding serta menilai. Sebagai contohnya, pelajar membuat latihan Matematik. Di dalam proses menyelesaikan masalah Matematik, pelajar akan menganalisis maklumat yang diberikan. Kemudian membuat gerak kerja penyelesaian mengikut formula tertentu.

Kecerdasan Pengalaman (Experiental Intelligence)
Kecerdasan ini bolehlah dijelaskan ertinya dengan kreativiti. Kecerdasan ini bolehnya dilihat sebagai kebolehan untuk mengatasi situasi baru lantas mempelajari dari situasi tersebut. Dalam erti kata yang lain, individu yang berpengalaman akan lebih cekap dalam memproses maklumat dalam situasi baru.
Perilaku kecerdasan pengalaman (Experiential Intelligent Behavior). Sub teori ini menunjukkan bahwa perilaku yang cerdastidak akan selalu sama, seiring dengan perkembangan waktu. Kemampuan ini sangat ketara ketika seseorang harus menghadapi suatu hal baru atau harus menghadapi sesuatu persoalan secara spontan. Mereka yang memiliki karakteristik seperti ini mungkin tidak dapat mencapai nilai tinggi dalam ujian kecerdasan, namun sering merupakan orang yang kreatif dalam menghadapi
hidup.Kecerdasan pengalaman berlaku apabila kita mencipta, umpamanya menghasilkan puisi,
mencipta permainan baru, menghasilkan lukisan dan sebagainya. Pengajaran dan penilaian kreatif harus membolehkan pelajar mendefinisikan masalah disamping memastikan pelajar dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan boleh mengutarakan idea-idea mereka.
Sebagai contoh, jika pelajar diberi suatu tugasan baru yang mempunyai kaitan dengan mereka, pelajar-pelajar yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam kecerdasan pengalaman akan dapat belajar dengan cepat, menggunakan strategi yang sesuai secara automatik dan cekap tanpa membuang masa.






Kecerdasan Praktikal (Contextual Intelligence)
Ada sesetengah orang yang mampu mengadaptasi diri mereka di dalam apa sahaja situasi yang dituntut dalam lingkungan mereka. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini pandai mengorak langkah untuk berjaya di dalam hidup. Malahan mereka juga dapat bertahan dalam hidup kerana berjaya untuk mengatasi perubahan.
Perilaku kecerdasan praktikal (Contextual Intelligent Behavior). Kecerdasan ini meliputi adaptasi dengan lingkungan, pemilihan lingkungan yang lebih optima daripada yang dimiliki sekarang, menata lingkungan yang ada agar sesuai dengan keterampilan, minat dan nilai yang dimiliki. Kemampuan ini memungkinkan seseorang untuk menyatu dengan lingkungan dengan mengubah orang, lingkungan, atau keduanya. Dengan kata lain kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan dunia.

Mendedahkan kecerdasan analitik, pengalaman dan praktikal pelajar: Aplikasi
Kecerdasan Triarchic di sekolah
Teori triarchic Sternberg bolehlah digunakan serta diaplikasikan di sekolah. Ini adalah bertujuan untuk meneroka kecerdasan yang terdapat dalam diri pelajar. Sebagai contoh, perkara ini telahpun diakui di sekolah yang terletak di utara Carolina (Hunter Elementary Talented and Gifted Magnet School)6.
Apabila teori Triarchic diserap ke dalam kurikulum, instruksionaldan juga kepada penilaian, guru-guru mula melihat bagaimana pelajar-pelajarnya “bijak” tanpa disedari melalui sistem persekolahan yang konvensional ataupun biasa.
Usaha yang berterusan untuk meningkatkan prestasi sekolah akhirnya memberikan hasil yang memberangsangkan

Kelebihan pengajaran yang berasaskan pengajaran triarchic7

· Membolehkan pelajar memusatkan keupayaannya kepada kekuatan dan membaik pulih
· atau mencuba mengatasi masalah
· •
· Membolehkan pelajar mengekod bahan-bahan pengajaran secara lebih mendalam, meluas
· dan dihurai dengan baik
· •
· Memotivasi atau merangsangkan pelajar dengan cara yang lebih sesuai
· •
· Menyediakan pelajar lebih baik untuk keperluan-keperluan pekerjaan yang sebenar
·
Kelemahan pengajaran yang berasaskan pengajaran triarchic

Skor ujian merugikan

Amat sukar untuk dilaksanakan

Melibatkan terlalu banyak masa

Hanya sesuai untuk pelajar-pelajar yang bernasib baik (gifted students)

Guru mesti mengajar melalui cara-cara yang selesa bagi pelajar

No comments:

Post a Comment